IDEA PERNIAGAAN
Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil.
Namun begitu, ramai yang terlupa akan realiti bahawa hasil dari idea perniagaan kecil, boleh jadi perniagaan besar. Lalu mereka leka memikirkan idea perniagaan besar, tunggu dan tunggu kesempurnaan sebelum bermula, untuk terus menghasilkan perniagaan besar sekali gus.
Jika kita sedar bahawa diri yang dah besar panjang ini sebenarnya bermula daripada seorang bayi yang kecil, maka kita juga sepatutnya sedar akan potensi perniagaan kecil, yang sedang atau akan kita laksanakan nanti, boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.
Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar. Mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya.
>>>Idea-idea perniagaan:
- Perniagaan burger – Ini perniagaan yang senag sangat untuk diceburi oleh sesiap saja di negara kita. Dari Johor sampai ke Perlis, kita boleh lihat ada ratusan ribu peniaga burger yang menggunakan konsep stall burger. Mereka mula berniaga di tepi jalan, tepi restauran tepi taman bila menjelang waktu petang. Industri ini anyak membantu perkembangan daging burger Ramly satu masa dulu. Anda juga boleh mulakan perniagaan burger dengan mudah. Malah jauh lebih mudah daripada perniagaan roti canai.
- Perniagaan popia – Ini bukan satu industri kecil. Popia amat terkenal di negara kita dan kalau kena gayanya popia anda boleh menjadi pilihan ramai. Kalau di Giant Shah Alam, saya lihat satu kiosk popia yang dijual oleh orang muda. popia mereka mendapat sambutan menggalakkan walaupun dijual dengan harga RM1 satu. Kalau anda lewat, semua popia akan habis terjual.
- Perniagaan putu piring – Peniaga putu piring di pasar malam Puchong tak pernah berhenti buat kerja sejak gerainya dibuka sampailah habis kesemua putu piringnya. Begitulah larisnya perniagaan putu piring di pasar malam Puchong. Peniaga putu piring di kampung saya di Pekan Penanti Bukit Mertajam dah dua keturunan meneruskan perniagaan yang sama sampai sekarang. Ertinya pasaran putu piring sentiasa ada kalau anda ada kemahiran buat putu piring. Mulakan dengan kecil-kecilan dan fikirkan bagaimana nak besarkan perniagaan putu pirng tersebut.
- Perniagaan putu buluh – Dulu putu buluh agak jarang berbanding dengan putu piring dijual di tepi jalan dan pasar malam. Tapi sekarang nampaknya ada bermacam jenama putu buluh samada di Port Dickson, Melaka, Gombak, Ulu Langat dan banyak tempat lagi. Ini juga satu perniagaan unik menarik yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Jangan lupa bagaimana perniagaan boleh dikembangkan sampai ianya membesar.
- Perniagaan putu mayam – Biasanya putu mayam hanya dijual oleh orang India samada dengan naik motosikal ataupun naik basikal. Sekarang ramai sudah orang Melayu yang jalankan perniagaan putu mayam di pasar-pasar malam. Cuma saya jarang lihat orang Melayu naik motosikal atau van pick-up pasarkan putu mayam mereka secara mobile. Ini satu perniagaan menarik yang memang ada pasaran dan boleh dimulakan secara kecil-kecilan dan boleh difikirkan bagaimana nak dibesarkan.
- Perniagaan tauhu – Seingat saya tauhu halal yang dibuat oleh orang Melayu hanya popular apabila pertubuhan Al-Arqam berusaha melakukannya dan memasarkannya. Kini dah ramai orang Melayu pandai buat tauhu. Ada banyak penjaja sayur-sayuran menjual tauhu di pasar-pasar malam. Kalau anda boleh buat tauhu, ada potensi yang mudah untuk menjualnya secara borong pada para penjaja dan juga kedai-kedai runcit di kawasan berhampiran tempat anda tinggal.
- Perniagaan tau fu fa – Dulu Tau Fu Fa ni orang Melayu tak berapa kenal. Tapi sekarang ramai yang menjualnya di pasar-pasar malam. Ada yang buat sendiri dan menjualnya menggunakan lori pick-up, ada juga yang hanya ambil daripada orang lain dan memasarkannya secara kecil-kecilan. Makanan ini tak menjemukan malah kanak-kanak amat menggemarinya. Jika anda mulakan perniagaan ini, insyaallah tak ada masalah terhadap pasarannya. Boleh cuba selalu.
- Perniagaan buah-buahan – Dari zaman saya kanak-kanak sampai sekarang ada berbagai model perniagaan buah ini telah saya lihat. Ada yang jual buah secara longgok dan ada pula yang jual buah secara dikupas dan dimasukkan dalam plastik. Malah sekarang ada yang jual kedua-dua konsep di atas. Pasarannya tetap ada samada di tepi jalan atau tumpang disebelah kedai makan orang. Pastikan buahnya segar dan dapat menghilangkan dahaga. Mungkin boleh gabungkan sekali buah kupas, buah longgok dan air buah, tentu manarik. Atau paling mudah tanam pokok buah dan jual pada pemborong. banyak konsep dalam penjualan bah ini. Be creative dong!
- Perniagaan makanan pasar malam – Antara perkara paling laris tak menang tangan di pasar malam ada perniagaan makanan. Lihat gerai jual mee, mihun, nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu taukeh. Siapa buat sedap dan pantas servisnya dia akan dikerumuni orang ramai. Fikirkan apa saja makanan rutin, jual di pasar malam insyaallah ada jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan