ULASAN VIDEO DI ATAS
Jack
Ma atau Ma Yun ialah seorang usahawan Cina yang berasal dari Hangzhou,
Zhejiang, China . Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang
merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya.
Berdasarkan video yang telah ditonton,
beliau menyatakan “kita mesti menyedari tanggungjawab dan kewajipan yang perlu
dilakukan oleh kita pada setiap peringkat umur”. Sebelum umur kita 20 tahun,
kita haruslah mempunyai impian dan semangat untuk berjaya pada masa akan
datang. Dengan cara mempelajari dan mencari pengalaman daripada syarikat kecil
terlebih dahulu sebelum umur mencecah 30 tahun.
Selain itu, kita haruslah mempelajari dan mengikut langkah-langkah
mereka yang telah berjaya dalam dunia perniagaan. Dengan menjadikan mereka
sebagai role moden dengan cara mempelajari ilmu perniagaan sebanyak yang
mungkin daripada mereka. Sebelum kita memulakan perniagaan.
Seterusnya, dalam video tersebut Jack Ma telah menyebut ”kita harus
mencari pengalaman daripada syarikat kecil terlebih dahulu ”.Hal ini demikian
kerana, syarikat kecil kita akan mempelajari banyak perkara kerana syarikat
kecil akan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dalam proses pengeluaran. Di
sinilah, lahirnya impian dan semangat untuk diri kita menjadi seperti mereka
yang telah berjaya.
Semasa umur kita mencecah 30-40 tahun kita haruslah mencari jalan untuk
mencari kerjaya yang sesuai dengan diri kita. Dengan cara menggunakan
pengalaman dan ilmu yang telah kita pelajari daripada syarikat kecil.
Memanfaatkan ilmu tersebut ke dalam pekerjaan yang bakal kita lakukan. Ilmu dan
pengalaman yang telah kita pelajari akan menjadikan kita lebih matang dalam
setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Semasa umur kita mencecah 40-50 tahun kita harus melakukan kerja yang
kita mahir. Dengan cara kita harus fokus
kepada satu pekerjaan sahaja dan jangan lompat peda hala tuju yang lain. Hal
ini demikian kerana, pada peringkat umur tersebut kita akan berhadapan dengan
masalah kesihatan. Kita boleh melakukan dua kerja dalam satu-satu masa tetapi
kemungkinan anda berjaya itu sangat kurang. Jadi, untuk kita terus berjaya
dalam dunia perniagaan kita harus fokus pada satu kerja pada setiap masa.
Semasa umur kita mencecah 50-60 tahun kita harus mencari golongan muda
sebagai pengganti kita. Kerana mereka berupaya melakukan pekerjaan yang lebih
baik dan cekap daripada kita. Dengan cara memberi segala ilmu dan pengalaman yang kita miliki kepada mereka dan
melaburkan kepada mereka dan memastikan mereka menjadi lebih hebat daripada
kita. Dengan ilmu yang mereka miliki mereka akan memanfaatkannya dalam pekerjaan
mereka lakukan.
Terakhir, ketika umur kita mencecah 60 tahun ke atas kita perlu luangkan
masa untuk diri sendiri. Pesanan Jack Ma kepada golongan berumur 25 tahun
“buatlah banyak kesilapan” kerana kesilapan ini akan membuatkan kita lebih matang
dan berilmu dalam setiap perkara yang bakal kita lakukan. Jangan kita mempunyai
sikap putus asa dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana kita harus
bangkit atas segala kesilapan dan kelemahan yang kita miliki.
Kesimpulannya, pada pendapat saya untuk
menjadi usahawan yang berjaya kita haruslah mempunyai keberanian yang tinggi
dalam diri untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi. Selain itu,
setiap individu juga haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
keputusan yang dilakukan dan percaya dengan kemampuan diri sendiri. Kita juga
perlu memahami keperluan pasaran dan
cita rasa pengguna dan mampu menghasilkan produk yang memenuhi cita rasa
pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan